Kelas ICT – Kuiz Microsoft Powerpoint

2 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Powerpoint kepada ahli-ahli NaDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan mengklik kuiz Microsoft Powerpoint bertajuk PowerPoint Window Diagram Practice. Mereka dikehendaki untuk menjawab kuiz Microsoft Powerpoint dengan dengan menandakan alatan dengan nama yang betul menggunakan template Labelled Diagram. Markah akan diberikan selepas mereka selesai memadankan perkataan dan gambar berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali